+6019-362 7935 [email protected]

Di Bintulu, Sarawak hari ini satu kes positif terbaharu COVID-19 dicatatkan menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negeri itu kepada 572 kes.

Kes ini melibatkan seorang mahasiswa wanita warga tempatan berusia 22 tahun yang baru pulang dari United Kingdom pada 1 Julai 2020.

Dia dilaporkan masuk melalui penerbangan dari United Kingdom ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Julai 2020 dan kemudian masuk ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Bintulu pada 3 Julai 2020 dan menjalani kuarantin di Bintulu.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita