+6019-362 7935 [email protected]

Selepas tempoh 23 tahun, Le Tour de Langkawi (LTdL)  kembali ke Sabah dan Sarawak, sekali gus mencatat satu lagi kegemilangan buat perlumbaan yang kini tersenarai sebagai ProSeries bermula tahun ini.

Saingan LTdL 2020 bermula dengan di Kriterium Antarabangsa Malaysia sejauh 90 kilometer di sekitar bandar Kota Kinabalu sebelum bermula jelajah sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

LTdL 2020 akan berpindah merentasi Laut China Selatan menuju ke Kuala Terengganu untuk Peringkat 2 pada Sabtu ini sebelum meneruskan kayuhan ke Pantai Timur.  Perjalanan seterusnya menyusuri Pantai Barat menuju ke utara untuk saingan penamat Peringkat 8.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita