“Di sinilah kami terserempak dengan binatang buas ini, spesies ular ini boleh dikatakan (macam) anaconda yang dianggarkan mencecah berat hampir setengah tan di mana ia meluru ke arah kami dan di jarak 50 meter ia terus mendiamkan diri mungkin pada ketika itu ia terserempak dengan kumpulan kami.”- kata Marjuki Muhi, salah seorang petugas kaji bumi
Sekumpulan petugas kaji bumi di Hutan Tanjung Lutong di Sri Aman, Sarawak terpaksa membunuh seekor ular sawa berukuran sembilan meter dengan anggaran berat lebih setengah tan. Ini kerana dikhuatiri mengancam nyawa mereka.
Ular sawa itu ditemui kira-kira 20 meter dari laluan harian ke lokasi kajian mereka. Kumpulan itu terpaksa mengambil tindakan membunuh haiwan tersebut kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Berhati-hati semua dengan keadaan sekeliling ketika di hutan. Kalau ada haiwan mengancam, selamatkan diri serta laporkan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Astro Awani