+6019-362 7935 [email protected]

Sesi persekolahan tiga daerah di Sarawak yang dibuka semula sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sehingga 3 Ogos depan.

Ia membabitkan sekolah di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan. Keputusan itu dibuat berikutan penularan pandemik Covid-19 di daerah Kuching yang meningkat semula.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membuat keputusan itu berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia,” 

Penangguhan pembukaan semula itu membabitkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 dan Tingkatan 6 Rendah.

Sumber: Metro

 

Sarawak Kita