Penubuhan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak adalah tidak melanggar mana-mana peruntukan perundangan di Malaysia.
Ia telah dikaji menurut undang-undang berkaitan selain melakukan libat urus secara meluas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mematuhi semua syarat dalam setiap proses penubuhan sekolah-sekolah berkenaan.
“Saya ingin menyatakan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang patuh undang-undang dan kami memberi lebih perhatian untuk memastikan setiap inisiatif dan program yang kami jalankan tidak bertentangan dengan undang-undang Malaysia,” – Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong