+6019-362 7935 [email protected]

Pada persidangan sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dua Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan sebulat suara. Dua RUU itu adalah:

  1. RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
  2. RUU Perbekalan Tambahan (2020), 2020

RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020 membabitkan peruntukan berjumlah RM299.171.014 dan RUU Perbekalan Tambahan (2020) 2020 pula berjumlah RM382,320,763.

Menurut Timbalan Menteri Sarawak, perbelanjaan tambahan itu adalah untuk menampung kos pelbagai Kementerian dan jabatan yang tidak disediakan atau dana tidak mencukupi. Dua RUU itu diluluskan tanpa dibahaskan oleh 76 daripada 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada persidangan itu.

Sumber: Metro

 

Sarawak Kita