Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), langkah memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Brunei dilihat sebagai satu langkah tepat dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Menurut Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam ke Sarawak, Pengiran Kritini Pengiran Mohd Tahir kerjasama yang diberi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kepada kerajaan Brunei merupakan satu usaha yang responsif dan berkesan kepada negara berkenaan dalam mengawal pandemik itu.
Sebelum ini Sarawak mengambil langkah awal dalam memperketatkan kawalan di pintu masuk sempadan Malaysia-Brunei yang bermula sejak Januari. Ia bertujuan bagi mengawal kemasukan pelancong China yang tiba dari Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak melalui jalan darat di mana ia perlu melalui Brunei.
Sumber: Awani