Orang ramai mula rasa gerun untuk keluar malam apabila tindakan polis yang tidak lagi mengeluarkan kompaun sebaliknya terus menangkap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia terbukti apabila jumlah individu ingkar PKP menunjukkan penurunan dalam tempoh 24 jam mulai jam 8 pagi semalam hingga jam 8 pagi ini. Seramai 83 ditangkap dalam tempoh itu dan ia jelas menurun berbanding lebih 100 orang yang ditahan setiap hari dalam tempoh tiga hari sebelum ini.
“Kita mendapati ada petunjuk baik apabila jumlah tangkapan sekarang berkurangan.
“Ketika ini, kami bukan sahaja mengadakan sekatan jalan raya malah meningkatkan tindakan menerusi pemeriksaan mengejut yang ternyata lebih berkesan menangani mereka yang ingkar PKP,” – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar
Sumber: Harian Metro