Sebanyak 46 batang kayu haram pelbagai saiz dan jenis termasuk seunit jentolak serta jengkaut dirampas menerusi serbuan ke atas kegiatan pembalakan haram di kawasan Sungai Sut.
Rampasan berkenaan dilakukan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dijalankan secara berterusan oleh kakitangan penguat kuasa JHS bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di kawasan Kapit.
Rampasan dilakukan menerusi serbuan yang dijalankan pada 3 November lalu setelah mendapati kegiatan pembalakan berkenaan dijalankan tanpa lesen.