Isi kandungan surat yang dititipkan bekas pesakit COVID-19 di Kota Samarahan kepada petugas barisan hadapan.
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera,
Saya ucapkan setinggi tinggi penghargaan terimakasih kepada frontliner kesihatan, dr,Pegawai kesihatan, jururawat, pengawal keselamatan, yang bertugas di KBS.
Perkhidmatan yang sangat mulia dan tahap perkhidmatan yang cemerlang telah dicurahkan kepada kmai pesakit di KBS, segala keikhlasan ketabahan, kecerian jelas terpancar diwajah tuan puan, saya sangat terharu dan amat menghormati tuan tuan semua. Tuan adalah antara yang terbaik.
Terima kasih atas segala bimbingan, nasihat, segala pengawasan kesihatan kami yang telah dijaga dengan rapi, makan minum disediakan, pakaian kami sering ditukar, kesihatan kami sentiasa dijaga, masalah dan permohonanan kami juga dilayan dengan baik.
Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian semua. Saya mendoakan semoga klian serta keluarga terus dilindungi dari jangkitan virus dan sentiasa diberi kesihatan terbaik sepanjang masa. Amin sekian terima kasih”.
Sumber: Astro Awani