+6019-362 7935 [email protected]

Di daerah Bintulu, satu kes positif baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di Sarawak sebanyak 557 kes. Lebih spesifik lagi, kes positif itu melibatkan seorang pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Mukah.

Pelajar itu telah pulang ke rumah di Bintulu sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac lalu. Selain itu, pelajar itu pernah menerima kunjungan saudara-mara semasa perayaan Hari Raya lalu.

“Kes ini dikesan melalui saringan pelajar IPTA dan IPTS di Sarawak seperti yang diarahkan jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.”

Sehubungan itu, pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu sedang mengesan semua kontak rapat kepada kes tersebut selain punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: Awani

 

Sarawak Kita