Sarawak telah menutup pintu masuk sempadan dengan Indonesia hingga 3 Disember kerana peningkatan kes Covid-19 di Malaysia. Juga ditutup untuk tempoh yang sama adalah pelabuhan yang terlibat dalam transaksi dengan Indonesia dan Filipina
Negeri itu tidak mempunyai pilihan selain bertindak tegas untuk melindungi rakyat dari wabak Covid-19.
“Kami (Jawatankuasa Sempadan) juga mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SMDC) untuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) untuk pelawat dari Sabah dan Semenanjung.”