+6019-362 7935 [email protected]

“Walaupun tambahan insentif ini tidak besar, ia akan membolehkan penoreh mendapatkan harga dan pendapatan yang lebih berpatutan bagi hasil getah mereka,” – Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Kerajaan Sarawak menambah 50 sen sekilogram ke dalam Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantu pekebun getah di negeri ini. Tambahan itu sebagai susulan IPG yang diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada bulan lalu, untuk membantu pekebun kecil mendapat harga yang lebih baik.

Tambahan insentif itu membabitkan harga sekerap dan getah kering, yang ditetapkan RM1.40 dalam IPG LGM Dengan itu, harga sekerap dan getah kering di Sarawak adalah RM1.90 sekilogram.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita