Berita baik untuk rakyat Sarawak. Ini kerana kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk skim Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang bagi membiayai pesakit menjalani rawatan berjumlah RM2.6 juta tahun ini.
Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, peruntukan itu mampu untuk menampung pembiayaan 100 pesakit.
Sehingga kini hanya 34 permohonan diterima daripada pesakit buah pinggang di Sarawak yang layak untuk mendapatkan kemudahan itu. Kelayakan penerima bantuan mestilah:
- Golongan B40 dan M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1,020 sebulan,
- Tidak mendapat subsidi rawatan atau bantuan pengangkutan dari mana-mana agensi kerajaan, swasta atau NGO serta penerima bantuan tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti pengangkutan untuk mendapatkan rawatan.
Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang yang dilaksanakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) akan memantapkan fungsi jabatan itu dalam memberi perkhidmatan sosial kepada golongan berkeperluan di Sarawak.
Sumber: Metro