+6019-362 7935 [email protected]

Dengan memfokuskan program pembangunan luar bandar, kerajaan Sarawak yang menyasarkan menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2030.

Menurut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, inisiatif kerajaan untuk mengubah kawasan luar bandar sedang dilakukan melalui pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, air, bekalan, elektrik, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

“Kemudahan asas ini amat didambakan untuk menarik aktiviti ekonomi seperti industri asas tani, perladangan komersial dan pelancongan.

“Hampir 44 peratus penduduk di Sarawak masih tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mana kawasan luar bandar yang luas sangat memerlukan infrastruktur asas untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,”

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita