+6019-362 7935 [email protected]

Setelah keputusan dibuat pada mesyuarat JPBN yang lalu, Sarawak menjadi negeri pertama membenarkan dua orang berada dalam kenderaan yang sama untuk ke sawah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebenaran itu bagi membolehkan petani menuai hasil padi mereka.

“Berikutan sekarang adalah musim menuai padi, kebanyakan petani ke sawah untuk menuai hasil padi mereka.

“Oleh itu, petani yang biasanya pasangan suami isteri akan turun bersama dan JPBN mencapai keputusan untuk membenarkan dua orang berada dalam kenderaan untuk ke sawah,” katanya pada sidang media, semalam. – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita