Sarawak merancang menaik taraf kemudahan beberapa lagi hospital bagi menyediakan kemudahan untuk merawat pesakit Covid-19. Ia adalah tambahan kepada projek menaik taraf kemudahan di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.
Hospital yang dicadang akan dinaik taraf kemudahan sesuai untuk rawatan Covid-19 itu ialah Hospital Bau, Hospital Serian, Hospital Sri Aman, Hospital Betong, Hospital Sarikei, Hospital Kapit dan Hospital Limbang.
Cadangan sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan Kerajaan Pusat.