Datuk Abang Iskandar Abang Hashim menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada 20 Februari sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, di Istana Negara di sini.
Maklumat mengenai beliau:
- Abang Iskandar sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah memegang beberapa jawatan lain seperti Hakim Mahkamah Rayuan selama lima tahun, sejak 2013.
- Beliau yang juga anak kelahiran Sibu, Sarawak memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada 1983, sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak.
Sumber: Berita Harian