+6019-362 7935 [email protected]

Sarawak tidak mencatatkan kes positif Covid-19 baru pada hari pertama festival Gawai Dayak, mengekalkan jumlah kes positif terkumpul pada 552, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN).

Menurut Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, negeri itu juga mencatatkan kes pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, mengekalkan jumlah kes terkumpul dan dibebaskan pada 508 dengan kadar pemulihan pada 92.03 peratus.

“Sebanyak 37 kes orang dalam siasatan (PUI) dilaporkan dengan 11 kes PUI menunggu keputusan ujian makmal,” 

Sebanyak 339 sampel telah dikumpulkan dari Belawai, Tanjong Manis dan hingga semalam, 312 daripadanya telah diuji negatif, sementara 27 bakinya sedang menunggu keputusan ujian makmal.

Sarawak Kita