Sarawak berharap dapat mencapai 40 peratus pelajarnya memasuki aliran Sains tulen di Tingkatan 4 dalam dua hingga tiga tahun akan datang.
Jumlah pelajar di negeri ini yang mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) tahun ini hanya 23 peratus, jauh di bawah sasaran nasional iaitu 60 peratus.
Peratusan pelajar yang mengambil STEM ketika mereka masuk ke Tingkatan 4 harus lebih dari 23 peratus kerana mungkin ketika pelajar memasuki Tingkatan 6, peratusannya turun dan pada saat mereka masuk universiti, peratusannya lebih kecil.