+6019-362 7935 [email protected]

Mulai hari ini, waktu operasi bagi semua sektor ekonomi yang dibenarkan di Sarawak ditetapkan bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, setiap kegiatan ekonomi boleh menyesuaikan waktu operasi masing-masing atau melaksanakan waktu beroperasi biasa, seperti sebelum ini.

“Kedai menjual perkakasan, bahan-bahan binaan dan kedai elektrik misalnya yang sebelum ini biasanya dibuka bermula jam 8 pagi hingga pukul 5 petang, itu terpulang kepada mereka sama ada mahu kekal beroperasi dalam waktu itu atau mengikut waktu yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tetapi yang penting waktu paling awal beroperasi ialah pada jam 7 pagi dan paling lewat menutup kedai ialah pada jam 10 malam,” 

Selain itu, bagi sektor perhotelan pula, prosedur operasi standard (SOP) sedang diperhalusi dan akan diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dalam masa yang terdekat.

Sumber: Metro

 

Sarawak Kita