+6019-362 7935 [email protected]

Macam yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Sarawak belum bersedia melaksanakan kelonggaran tersebut

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan negeri perlu mengkaji dengan teliti sebelum membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai Isnin ini.

Kerajaan Sarawak menghormati sepenuhnya pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin mengenai perlunya membuka semula kegiatan ekonomi dengan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengkaji implikasi pembukaan semula kegiatan ekonomi itu dengan meneliti sektor mana yang akan dibuka, bila dan tempoh masa mereka akan dibenarkan untuk beroperasi,” 

Turut diberi perhatian serius JPBN dalam membuat keputusan itu ialah kemampuan logistik, keupayaan Jabatan Kesihatan dan keadaan geografi Sarawak.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita