+6019-362 7935 [email protected]

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang ke-84, Sarawak akan melancarkan stesen televisyennya sendiri iaitu TV Sarawak.

Pelancaran yang dijadualkan 11 Oktober ini akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pengumuman dibuat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di Kuching pada Jumaat. Jelasnya, ini merupakan satu pencapaian baharu buat negeri Sarawak kerana memiliki stesen televisyennya sendiri.

Sarawak Kita