“Pada mesyuarat bersama Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) beberapa hari yang lalu, saya memaklumkan bahawa Sarawak memang mematuhi PKPB tetapi ia bergantung kepada lokasi perniagaan yang akan dibuka semula.
“Pelaksanaan PKPB itu akan ditentukan oleh kita mengikut kesesuaian dengan situasi di Sarawak,”
Sarawak akan umumkan pada Jumaat ini mengenai prosedur operasi standard (SOP) serta protokol bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang melengkapkan SOP serta protokol untuk sektor perniagaan beroperasi semula apabila PKPB dilaksanakan di negeri ini.
Baginya, SOP dan protokol itu perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan pihak industri, sektor perniagaan dan rakyat memahaminya dengan jelas.
Sumber: Berita Harian