Selepas diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Sarawak akan memperhalusi kaedah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pelaksanaan kelonggaran itu harus dikaji dengan teliti mengikut keperluan negeri ini dengan mengambil kira semua aspek.
Selain itu, kata Abang Johari Kerajaan Sarawak akan terus berusaha untuk memastikan ekonomi negeri mampu berkembang walaupun berdepan situasi sukar dalam tempoh jangka panjang.
“Saya akan umumkan program jangka panjang untuk memulihkan ekonomi Sarawak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk manfaat semua rakyat negeri itu.
“Sudah tentu ekonomi pasca COVID-19 akan berubah dan saya akan membuat pengumuman selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan,
Sumber: Astro Awani