Untuk menghormati pengorbanan peribadi dan komitmen para barisan hadapan yang secara langsung terdedah kepada risiko koronavirus semasa menjalankan tugas mereka dalam menguruskan wabak di Sarawak, kerajaan negeri akan menyediakan insentif bulanan khas selama enam bulan:
- RM300 kepada 6,232 doktor perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan yang bekerja keras di hospital dan klinik di seluruh Sarawak.
- RM200 kepada pegawai imigresen yang berkawal di pintu masuk di seluruh Sarawak, polis dan pegawai-pegawai Bilik Gerakan Negeri, Angkatan Tentera Malaysia yang mengendalikan sempadan dan membantu pihak polis dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman dan RELA.
Langkah ini akan menyebabkan Kerajaan Sarawak menanggung kos sebanyak RM17.35 juta.
Sumber: The Borneo Post