+6019-362 7935 [email protected]

“Bantuan ini akan memanfaatkan 430,000 rakyat B40 di negeri dan mereka akan menerima sebanyak RM1,500 untuk tempoh enam bulan.  Pendekatan ini akan memberi kos sebanyak RM645 juta kepada kerajaan negeri,”

Berita baik buat golongan berpendapatan rendah dari kumpulan B40 di negeri ini akan menerima bantuan tunai sebanyak RM250 sebulan bagi meringankan beban kewangan kesan COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bantuan ini akan diberikan selama enam bulan dari April hingga September 2020 di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

Bantuan katanya akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap bulan selama enam bulan bermula April hingga September 2020.

Sumber: Utusan Borneo

Sarawak Kita