+6019-362 7935 [email protected]

Remaja perempuan berusia 16 tahun maut akibat wabak rabies di Sarawak, 11 November lalu. Kes itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di negeri itu meningkat kepada enam kes pada tahun ini dan kes-28 sejak wabak berkenaan diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.

Remaja itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 10 November lalu kerana mengalami demam selama tiga hari, lemah pada bahagian anggota bawah badan dan menunjukkan tingkah laku agresif.

Remaja itu turut mengalami aerofobia dan hidrofobia. Kes ini meninggal dunia pada 11 November pada jam 3.45 petang dengan diagnosa rabies encephalitis.

 

Sarawak Kita