Rayuan dibuat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan kenaikan tambahan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Menurut presidennya, Adnan Mat berkata, kenaikan tambahan kadar COLA itu penting bagi memberi pendapatan tambahan RM50 kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak sebagaimana dinikmati penjawat awam di Semenanjung sejak Januari tahun ini.
Kenaikan kadar tambahan elaun COLA itu mungkin boleh disalurkan menerusi pemberian secara kurnia dalam bentuk Elaun Wilayah yang ditambah RM50 bagi merealisasikan kesamarataan antara penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Sumber: Sinar Harian