Kerajaan Sarawak melaksanakan rancangan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga (2020 – 2035) untuk meletakkan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan, walaupun terdapat ancaman dari pandemik Covid-19.
Rancangan induk itu sejajar dengan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) untuk meletakkan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.
Industri pelancongan adalah salah satu sektor ekonomi penting di bawah SEAC kerana industri ini merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam Produk Domestik Kasar negara – KDNK yang menghasilkan RM11.57 bilion penerimaan pelancongan dan menyumbang 8.72 peratus daripada KDNK negeri pada tahun 2019.