“Kita sudah maklum kepada rakyat agar semua yang menghadiri majlis-majlis berkenaan untuk tampil membuat pemeriksaan kerana ini adalah untuk kebaikan mereka dan masyarakat.
“Mereka tidak akan ditangkap sebaliknya hanya perlu menjalani ujian ini kerana mereka juga mempunyai keluarga dan kita tidak mahu virus ini disebarkan pula kepada ahli keluarga yang lain,”
Rayuan dibuat oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah agar semua rakyat negeri ini yang mempunyai kaitan dengan kluster-kluster Covid-19 supaya segera tampil dan membuat saringan.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) meminta sesiapa sahaja yang terlibat dengan beberapa kluster di Sarawak seperti:
- Perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling
- Perjumpaan di Gereja Emmanuel Baptist
- Kampung Patingan
Semua yang terlibat harap memberi kerjasama dan tidak mementingkan diri.
Sumber: Sinar Harian