+6019-362 7935 [email protected]

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah memutuskan bahawa rakyat Sarawak yang telah ke Singapura mesti menjalani kuarantin rumah 14 hari yang dikenakan segera sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penyebaran novel coronavirus.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan ini berkuat kuasa 10 Februari 2020.

Beliau berkata keputusan itu diambil memandangkan perkembangan di Singapura di mana pihak Disease Outbreak Response System Condition (DORSCON) telah mengeluarkan tahap amaran warna oren atas penyebaran penyakit itu.

Menurut DORSCON, warna oren adalah tahap kedua tertinggi, menunjukkan penyakit itu “teruk dan mudah tersebar dari manusia ke manusia tetapi penyakit itu tidak tersebar luas di Singapura dan sedang terkawal.”

Sumber: The Borneo Post

 

Sarawak Kita