Pada 6 Jun 2020, rakyat Sarawak berpeluang menyaksikan sendiri gerhana bulan Penumbra yang akan berlaku menurut Jabatan Mufti Negeri Sarawak hari ini.
Menurut jabatan itu lagi, gerhana bulan Penumbra itu boleh dilihat bermula jam 1.45 pagi dengan kemuncaknya 3.24 pagi dan berakhir pada 5.04 pagi pada magnitud -0.41.
“Fenomena ini berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan bumi.
Gerhana bulan Penumbra ini berlaku pada fasa bulan penuh dan cahaya bulan menjadi suram akibat daripada cahaya matahari yang terlindung dengan bumi,”
Sumber: Sinar Harian