Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak yang dijangka siap pada 2025. Projek bernilai RM191 juta itu kini dalam proses reka bentuk terperinci dan tender fizikal dijangka dimulakan tahun depan.
Ini adalah kotmitmen tertinggi kerajaan dalam usaha mengatasi bencana banjir di seluruh negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), sebanyak 22 projek tebatan banjir di Sarawak diluluskan dengan kos projek sebanyak RM561 juta.
Melalui Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangi Risiko Banjir Pelbagai Negeri, kementerian menyalurkan peruntukan RM88.4 juta, khusus untuk Sarawak bagi melaksanakan kerja pemuliharaan sungai di negeri itu.