+6019-362 7935 [email protected]

Program sanitasi awam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak diteruskan bagi menyekat rantaian penularan wabak Covid-19 di kawasan yang disahkan positif. Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata, operasi di kawasan positif itu bagaimanapun dijalankan secara tertutup dengan jumlah anggota yang sedikit.

“Operasi nyah cemar di kawasan berisiko tinggi itu dilaksanakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya tanpa mendedahkan kawasan positif itu.

Beliau yang ditemui ketika mengetuai program sanitasi awam di kawasan Satok, hari ini berkata bagi kawasan tumpuan ramai, operasi dijalankan berdasarkan senarai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi melaksanakan operasi sanitiasi awam, semua tujuh zon JBPM Sarawak dengan 32 balai bomba yang ada di seluruh negeri sudah dikerah untuk melaksanakannya di kawasan masing-masing.Program itu turut kami laksanakan di Sri Aman walaupun kawasan itu belum mencatatkan kes Covid-19.

Ia dilakukan berikutan ada permintaan agar tempat awam di Sri Aman perlu nyah cemar sebagai langkah pencegahan awal untuk mengekang penularan wabak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita