Perintah kawalan pergerakan yang diperketatkan (EMCO) yang dikenakan ke atas beberapa kawasan di Selangor, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan akan diperpanjang selama dua minggu lagi.
Ini termasuk skim perumahan awam Taman Khazanah Indah dan Mutiara Kasih di Lahad Datu, Sabah; Plaza Hentian Kajang di Selangor; Kampung Haji Baki di Kuching, Sarawak; dan dua kawasan dengan asrama pekerja di Putra Point di Nilai, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Sabah Baru di Lahad Datu, Sabah, akan menjalani EMCO mulai esok hingga 23 Nov.