Pembayaran tunai petroleum yang dibuat ke Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari tahun 2008 hingga 2020 berjumlah RM61.32 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bayaran tunai petroleum ke Sabah dan Sarawak serta pembayaran khas kepada Terengganu dan Kelantan untuk tempoh 2008 hingga Ogos 2020 adalah RM25.3 bilion untuk Sarawak, RM13.2 bilion untuk Sabah, RM22.4 bilion untuk Terengganu dan RM418 .9 juta untuk Kelantan.
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membayar lima peratus penjualan produk petroleum secara langsung kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.