Pertukaran ibukota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan akan memberi kesan besar terhadap perdagangan merentasi sempadan yang melibatkan Sarawak.
“Pembangunan sempadan bersama boleh dirancang dan kita faham akan ada kelebihan dan kelemahan untuk bergerak, tetapi jika kita merancang dengan betul, kita akan mendapat lebih banyak keuntungan,” – Awang Tengah Ali Hasan.
Ketika ini kerajaan negeri merancang untuk membangunkan industri minyak dan gas hiliran terutama petrokimia serta penapisan petroleum dan gas di daerah Lawas.
Kajian juga akan dijalankan ke atas pelan induk pembangunan di Limbang dan Lawas, dua daerah paling utara di Sarawak, dengan matlamat untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.
Sumber: FMT