+6019-362 7935 [email protected]

Menurut Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penumpang domestik dari Sabah dan Sarawak tidak akan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Semenanjung.

Tetapi, mereka dari Semenanjung dan ingin ke Sabah atau Sarawak tertakluk kepada arahan untuk dikuarantin terlebih dahulu di dua negeri berkenaan.

“Kalau di Semenanjung memang tidak ada kuarantin selama 14 hari sebab kawasan yang sama tetapi mereka yang ke Sabah dan Sarawak ada kuarantin selama 14 hari. Jadi, kuarantin di Kuching (Sarawak) contohnya dan mereka akan dikuarantin selama 14 hari. Sampel akan diambil. Kalau negatif baru mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.”

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita