“Dalam melaksanakan penguatkuasaan ini, kita akan menasihati gerai-gerai yang masih menjalankan operasi supaya mematuhi perintah yang telah dikeluarkan selain memberi amaran kepada mereka. Sekiranya mereka masih berdegil kita tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan mereka,” – Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail
Pengusaha premis makanan di Sarawak yang masih ingkar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akan berdepan tindakan undang-undang. Mereka terlebih dahulu akan dinasihatkan untuk mematuhi pelaksanaan itu kerana masih ada yang tidak faham sepenuhnya mengenai perintah berkenaan.
Untuk itu polis bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menguatkuasakan perintah tersebut.
Sumber: Astro Awani