Filem Rajah adalah sebuah lagi filem biopik berlatarbelakangkan sejarah Malaysia. Filem ini menumpukan perhatian tentang zaman pemerintahan James Brooke atau Raja Putih Sarawak yang pertama.
Apa yang membanggakan, kisah pemerintahan beliau diangkat ke layar perak yang dihasilkan sendiri dari poduksi Hollywood dan filem Rajah akan menjalani penggambaraan di Sarawak.
Sebelum Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, negeri ini merupakan sebuah tanah jajahan hak milik penuh Kesultanan Brunei. Kemudian, bermulalah zaman pemerintahan Raja Putih di Sarawak sampai tiga generasi selama 100 tahun.
Walaupun filem ini datang dari Hollywood, tiga pelakon tanah air bakal memainkan watak penting dalam filem Rajah itu. Rob Allyn sebagai penerbit mengesahkan tiga pelakon itu ialah Datuk Rahim Razali sebagai Sultan Brunei, Bront Palarae sebagai Penigran Indera Mahkota dan Shaheizy Sam sebagai Bubu, rakan Melayu seumur hidup Rajah Putih.
Nanti bila keluar, jangan lupa tengok!
Sumber: Odisi