+6019-362 7935 [email protected]

Jumlah penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan dari tiga kali kepada sekali seminggu untuk membendung penyebaran Covid-19, kata Menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Douglas Uggah Embas, memberitahu sidang akhbar hari ini pengurangan jumlah penerbangan adalah sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Beliau berkata orang Sarawak yang tiba dari Semenanjung, Sabah dan Labuan mesti menjalani pengasingan diri di pusat kuarantin. Beliau juga berkata jawatankuasa itu memutuskan untuk membenarkan bengkel beroperasi dua kali seminggu, dari 7 pagi hingga 7 malam pada hari Selasa dan Khamis.

Sumber: FMT

 

Sarawak Kita