“Sebab itu, kita memerlukan pandangan pelbagai pihak berkepentingan seperti dewan perdagangan, profesional dan akademik supaya dapat memperincikan tindakan bagi mencapai agenda ekonomi baharu Sarawak yang kita rangka sehingga tahun 2030,” – Ketua Menteri
Bagi mengukuhkan Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 itu yang dirangka sehingga 2030, Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak ditubuhkan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak akan dianggotai pakar daripada sektor swasta, awam dan ahli akademik yang akan mengkaji perincian semua cadangan dan kemudianya diserahkan kepada kerajaan September ini.
Kkerajaan Sarawak sedar pentingnya agenda pemulihan ekonomi pasca COVID-19 kerana kesannya dirasai seluruh dunia. Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup besar kepada ekonomi global sehingga mewujudkan norma baharu yang menuntut untuk melakukan pembaharuan dalam ekonomi.
Sumber: Berita Harian