Kerajaan Sarawak telah mengumumkan inisiatif Kenyalang Gold Card khas untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Manfaat daripada kad ini adalah:
- Bantuan Ihsan Kematian (BIK) sebanyak RM 3,000 bagi yang tidak menerima bantuan yang serupa daripada mana-mana jabatan atau agensi
- Diskaun/rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan seperti: Barang runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urut & spa, manicure/pedicure, dandanan rambut, pengunaan bas ekspres dan perubatan & pemulihan
Macam mana mohon? Anda boleh ke Tay Motors untuk membuat permohonan. Klik sini untuk pertanyaan lanjut.
Selain tu, borang Permohonan Kenyalang Gold Card boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Klik sini.
Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat [email protected]