+6019-362 7935 [email protected]

“Sekiranya sesi persekolahan bermula semula seperti biasa pada Julai atau Ogos tahun ini, pastinya tiada masa untuk menyelesaikan banyak silibus. Jadi bagi saya ini merupakan keputusan terbaik sepanjang kita mendepani COVID-19 ini,” 

Bagi edisi tahun ini, Sarawak bersetuju dengan pembatalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Ia juga senada dengan pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan ditangguhkan.

Menurut Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, keputusan itu wajar kerana banyak silibus pembelajaran yang perlu dihabiskan.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita