+6019-362 7935 [email protected]

Setibanya pelajar Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, mereka akan diambil sampel serta merta untuk memastikan mereka bebas COVID-19. Kenapa langkah ini diambil?

Langkah ini diambil setelah dimaklumkan wujud kluster dalam kalangan pelajar universiti di luar Sarawak.

Berkata Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas bahawa mereka juga akan disaring dan ditempatkan di hotel sehingga keputusan sampel diperolehi.

“Sekiranya keputusan sampel mereka adalah negatif, barulah mereka akan dibenarkan pulang dan dipasangkan gelang tangan penanda dan seterusnya menyambung kuarantin di rumah,” 

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita