+6019-362 7935 [email protected]

Untuk pelajar yang pulang dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak, Sabah memberi pengecualian kepada daripada menjalani kuarantin di pusat kuarantin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 yang sedang berkuat kuasa.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semua pelajar terbabit hanya perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing dengan mematuhi garis panduan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS ).

“Pelajar terbabit hanya perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing untuk tempoh 14 hari dan ibu bapa atau penjaga hendaklah bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak JKNS.

“Bagaimanapun pelajar dari zon merah atau yang bergejala akan ditempatkan di pusat kuarantin untuk tempoh 14 hari, tertakluk kepada penilaian JKNS ketika ketibaan mereka,” 

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita