Pesawat yang digunakan untuk menghantar pulang pelajar Sabah dan Sarawak di Semenanjung, akan turut digunakan untuk membawa balik pelajar Semenanjung yang berada di kedua-dua negeri itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah kerana pesawat itu merupakan pesawat khas dan kos perjalanannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah akan bermula Jumaat ini membabitkan lima lapangan terbang. Lapangan terbang yang terbabit ialah:
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Pelajar dari 5 insitusi pengajian tinggi di Zon Utara telah selamat tiba ke rumah masing-masing di Zon Tengah.
Sumber: Astro Awani