Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 17 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang cuba memasuki negeri ini dalam tempoh empat hari berturut-turut, sejak Jumaat lalu sehingga hari ini.
Kesemua Pati terbabit ditahan dalam Op Benteng Covid-19 dengan tangkapan hari ini membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.
Ketiga-tiga mereka ditangkap ketika bersembunyi di sebuah stor di belakang kedai makan berhadapan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak, Lundu, pada 7.10 pagi.