Malangnya, kajian juga mendapati bahawa penguasaan pasaran bagi rokok seludup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding purata kebangsaan, iaitu 84.2 peratus di Sarawak dan 86.1 peratus di Sabah, menurut Kajian Rokok Tidak Sah pada Julai 2020 oleh Nielsen.
Kerajaan Sabah dan Sarawak diseru supaya mengambil tindakan tegas dan muktamad bagi memerangi pasaran rokok seludup bagi melindungi perniagaan dan juga masyarakat. Rokok seludup sudah meragut 65 peratus pasaran di Malaysia, sebagaimana dianggarkan oleh Euromonitor International.
Ini meletakkan Malaysia pada senarai teratas di dunia pasaran dikuasai rokok seludup.